Thursday, November 19, 2009


alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....

peristiwa semalam rupa-rupanya ada hikmah yang sangat manis bagiku apabila Allah telah membuka pintu hati sahabatku yang selama ini kelu untuk menuturkan apa yang dia tidak tahu dan aku sangat bersyukur kerana dia sangat bersemangat dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang islam...subhanallah...maha suci Allah..Allah lah pemegang segala hati-hati makhluknya...

walaupun aku diberitahu teman serumahnya mula menjauhkan diri darinya..aku cuba memberinya semangat kerana Islam adalah persaudaraan..baiknya seseorang sepatutnya takkan menjauhkan jarak antara saudara sesama muslim..mungkin Allah ingin mengujinya dengan ujian sabar buat ujian pertamanya kala mengenal penciptanya..

Ya Allah..berilah hati-hati ini hati yang teguh cinta keranamu...

Wednesday, November 18, 2009

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Tuesday, November 17, 2009

Ku Berlari.....

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..


-firdaus-

usrah peristiwa...

salam alaik...

alhamdulillah..segala pujian hanyalah pada Allah...yang menciptakan langit dan bumi...selawat dan salam hanyalah pada baginda nabi muhammad s.a.w..alhamdulillah..Allah masih panjangkan usiaku hari ini untuk menghadapi segala bentuk ujian di dunia ini dan perjalanan dakwahku yang masih muda...banyak nyer ujian yang Allah berikan padaku pada minggu ini...Allah takkan menguji hambanya jika Dia rasa hambanya tak mampu untuk menghadapinya...Allah Maha Tahu..Subhanallah...

Bermula dari pembuka minggu ini..aku dipilih oleh Allah s.w.t dari kalangan ramai rakan seperjuanganku untuk merasai erti sakit pada fizikal..yaa..aku diserang gastrik+cirit birit...hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan itu...alhamdulillah..sesungguhnya Allah sahaja yang memegang hati-hati makhluknya...sahabat seusrahku sudi membawaku ke klinik...Aku mengucapkan hamdalah pada penciptaku kerana disaat-saat aku memerlukan pertolongannya dihantarkan seorang rakan yang sanggup berkorban masa dan tenaga ...sangat indah ukhwah ini...

Semalam..aku diberitahu ada usrah dikala perutku tak lagi mencapai tahap kestabilan...aku menguatkan tekad untuk tetap menghadiri usrah kerana mengenangkan sakitku biarlah pada jalan dakwah ini...aku menelefon naqibahku...rupa-rupanya naqibahku ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan..nampak gaya memang aku kne lagi sekali meminta sahabatku mengambilku...inilah usrah yang sebenar yang aku rasai...serasa malam itu Allah sangat menguji kesabaran dan iman ini...tetapi dikala kesusahan itu..Allah hantar hamba-hambanya yang baik hati untuk membantu kesusahan kami itu...dan memang ditakdirkan Allah perkara itu akan berlaku disitu...

Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..walau kita sudah berusaha tapi kalau itu ketetapannya..mungkin itulah yang terbaik yang Dia akan hadiahkan pada kita...

Firman Allah:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(2:216)

wallahua'lam...

Thursday, November 12, 2009

Pusaka Imam AlBanna:Jalan kemenangan – IBADAH sebelum QIADAH

Jalan kemenangan – IBADAH sebelum QIADAH

Saya telah bertemu dengan seorang tua yang telah melepasi perjalanan usia yang sudah lama dan telah menghampiri garisan akhirat. Seluruh kepalanya telah diselaputi rambut yang memutih, garis-garis penuaan meniti wajahnya yang bersih. Saya duduk di sisinya di waktu siang hari, di kala cahaya matahari menyinari bumi. Saya melihat wajahnya berseri-seri disinari cahaya taqwa, pantulan nur dari hati yang sentiasa berhubungan dengan Allah ‘Azza wa Jalla. Dia tidak dikenali di kalangan masyarakat, namanyapun tiada siapa yang ingat.

Setelah mendengar cerita saya, dia bertanya, apakah nama persatuan kamu? Saya menjawab, kami bukan persatuan, tetapi kami adalah ikhwan fillah (saudara-saudara di jalan Allah) sahaja. Kami berhimpun di atas landasan aqidah dan fikrah. Kami cuba laksanakan pada diri kami, kemudian cuba memahamkannya kepada manusia. Fikrah kami tidak lain kecuali memahami Islam, beramal dengannya dan mengajak orang lain bersama-sama kami dalam memahami dan melaksanakan Islam. Cantik!, komennya. Siapa yang mengajar kamu di rumah (tempat kamu berkumpul)? Tanyanya lagi. Saya menjawab, dalam banyak keadaan, sayalah yang berbicara kepada saudara-saudara saya. Seketika dia terdiam. Kemudian dia mengangkat pandangannya tepat ke wajah saya seraya bertanya, adakah kamu bangun malam? Saya menjawab, apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya. Dia mendengus: benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)

Dengan tenang dan teratur dia berbicara,

Ya Akhi:

Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu.

Ya Akhi:

Islahun-nafs yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya. Qudwah hasanah itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita. Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya) . Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1-6)

Ya Akhi:

Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya. Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih? Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya? Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain? Maka tahukah kamu betapa berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu. Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja?


Ya Akhi:

Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.


Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesekan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.



Ya Ikhwan:



Mungkin kamu berasa hairan mengapa saya bawakan bicara sebegini di dada akhbar kamu ini sedang kamu menanti-nanti saya berbicara mengenai masalah yang melanda dunia, derita yang dialami oleh umat Islam seluruhnya. Kamu mengharapkan saya menyatakan sikap, pendirian dan tindakan yang patut diambil oleh jamaah kita.



Dengarkanlah penjelasanku:



Sesungguhnya kamu ingin mencapai matlamat yang besar hebat. Oleh itu kamu mesti memahami dengan sebenar-benarnya bahawa dengan matlamat itu bererti kamu berada di atas satu garisan dan dunia seluruhnya berada di atas garisan yang berlawanan dengan kamu.

Kamu menghendaki Islam berkuasa. Dunia diperintah oleh jiwa-jiwa yang bersih suci, akhlak mulia yang melimpah dengan kebaikan, hati-hati yang penuh rahmat dan kasih sayang dan kesejahteraan memayungi alam semesta.



Manusia pula menghendaki kebendaan berkuasa, harta melimpah ruah, kemewahan tiada sempadan, perebutan yang tiada berkesudahan antara golongan kuat dan lemah. Yang kuat memangsakan yang lemah. Yang berkuasa sentiasa menang dan yang diperintah sentiasa kalah. Kemanusiaan tidak akan kenal erti keadilan, tidak akan mengecapi rahmat kasih dan sayang. Itulah yang manusia kehendaki berbanding dengan apa yang kamu kehendaki. Kamu berada di satu pihak, sedang dunia di satu pihak yang lain. Manusia berselindung di sebalik kedustaan, berinteraksi dengan tipu helah dan bermuka-muka. Mereka lari daripada menghadapi kenyataan. Pada hal kamu tidak mahu itu semua kerana kamu sentiasa bermuraqabah. Diri kamu dan amalan kamu sentiasa diperhati oleh yang Maya Mengetahui dan Maha Memerhati. Maka perbezaan antara kamu dengan manusia, jika kamu benar dengan apa yang kamu cita-citakan, sangat jauh dari segala sudut.



Bilangan kamu adalah sedikit. Keadaan kamu tertindas di muka bumi ini, fakir dari segi harta, kosong dari segi kekuatan. Maka tidak ada senjata kamu selain hubungan dengan Allah dan mengharap pertulungan dan bantuan daripadaNya serta keimanan yang mendalam terhadapNya. Apabila aspek ini kamu kuasai bererti kamu telah kuasai segala-galanya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Aali Imran:160)



Maka berusahalah untuk menjadi seperti itu. Jangan kamu Tanya bagaiman? Sesungguhnya jalannya telah nyata. Jadilah kamu hamba-hamba sebelum kamu menjadi ketua. Dengan ibadah kamu akan jadi sebaik-baik qiadah. Awas! Jangan kamu terbalikkan isu ini sebagaimana yang dilakukan oleh manusia lain. Mereka mengejar kepimpinan sebelum mereka mensejahterakan aspek ibadah maka mereka tewas atau mereka berjaya mencapainya tetapi terumbang ambing di dalam melaksankan amanahnya. Serapkan ke dalam diri kamu maksud Hadis Qudsi ini: ”Sesiapa yang menyakiti wali-Ku maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang dengannya. Seseorang hamba-Ku tidak menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu sebagaimana ia menghampirkan diri dengan melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku itu menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya, kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta pada-Ku akan Ku berikannya, jika dia memohon perlindungan dengan-Ku akan Ku lindunginya”. (Al-Bukhari)

Dan ingat juga firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (An-Nur:55)



Daripada Pusaka al-Banaa, dipetik dari surat khabar Ikhwan Muslimin, 25 R.Awwal 1356H bersamaan 4 July 1937M.

Wednesday, November 11, 2009

alam sekitar ,robot dan manusia...apa kaitannya???

Semakin aku memikirkan semakin bingung aku mencari jawapan/jalan penyelesaian...apakah aku perlu memikirkan undang-undang ciptaan manusia yang sifatnya takkan tetap dan selalu berubah-ubah ibarat suhu air yang menunggu masa untuk melepaskan wap-wap air...aku kadang-kadang sangat tertekan bilamana robot menyuruh aku menghafal ini dan itu..kelakar tak??robot tiba-tiba suruh manusia yang punya matlamat yang lagi tinggi buat itu dan ini...alamak ...sangatlah memalukan sedangkan manusia perlu menguasai kesemuanya..bukan hanya mentadbir manusia tetapi mentadbir alam..dalam erti kata skopnya lebih meluas...bukankah alam sekitar adalah sahabat manusia yang fakih tugasnya?? jadi..tidak mungkin aku akan kalah pada robot yang tidak tahu matlamat hidupnya sedangkan aku punya misi yang lagi besar dari robot..dan aku tidak mahu menjadi fitnah pada agamaku..hanya kerana kurang ilmu aku direndah-rendahkan..sekali-kali tidak..
bukankah dalam usul 1 ada menyebutkan tentang islam adalah pengetahuan??

Islam adalah pengetahuan sebagaimana dinyatakan oleh Mursyid.Ia bermaksud menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada kita dengan kadar yang mencukupi adalah sebahagian daripada ajaran islam.Islam tidak melarang seorang muslim menambah ilmu pengetahuannya tentang kejadian alam,perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan lain yang termasuk dalam erti pengetahuan..Pengetahuan yang dapat menjadi bekalan manusia dalam usaha memajukan bumi dan menggunakan kekayaannya dengan baik. Pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam membongkar rahsia alam yang tersembunyi. Tetapi ketika manusia menambahkan ilmunya dalam perkara-perkara tersebut,Dia hendaklah mengingati
Allah yang memberikan akal fikiran yang waras kepadanya. Allah lah yang menjadikan alam ini sedia digunakan oleh manusia. Pengetahuan yang diperolehinya hendaklah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah.

hmm..jadi aku mesti berusaha be the best caliph and a'bid of Allah...insya allah..

Tuesday, November 10, 2009

robot vs manusia

hmmm...pelik tapi benar..pertama kali ku mendengar perkataan robot..sangat pelik bila mana kehidupan yang sama setiap hari diumpamakan seperti perbuatan seorang robot...
bila difikir-fikir..tidak ku sedar rupa-rupanya aku pun pernah menjalani kehidupan seorang robot..melakukan sesuatu pekerjaan yang sama setiap hari tanpa matlamat yang jelas..bangun tidur,pergi kerja, balik kerja,tidur..dan hari-hari esok berulang dengan perkara yang sama..

bilamana aku melihat post-post robot-robot yang belum memahami matlamat hidup mereka, aku sangat kasihan..kasihan kerana aku dan robot-robot terpaksa terperangkap dalam kitaran yang bodoh..membuat perkara yang sama dalam hidup tanpa memikirkan bahawa aku dan robot-robot masih mempunyai satu tanggungjawab yang sangat besar terhadap ummah...

mahu sahaja aku ajukan soalan pada diriku dan robot-robot..apakah matlamat hidup aku dan kamu dan robot-robot??apakah yang seorang manusia ingin capai dan apakah pula matlamat seorang robot ingin capai???takkan sama kan??robot melakukan sesuatu perkara yang telah diprogramkan pada dirinya dan melakukan perkara yang sama sehinggalah robot itu rosak...tetapi manusia buat apa pula??

apakah manusia tidak sedar tika dia sudah tidak tahu apa matlamat dia dijadikan Allah dia bakal bergelar robot??
kalau macam tu mana nak rujuk manual untuk jadi manusia?
sedangkan robot ada manual untuk menjadi robot..
apa manual manusia ye?

Bukankah Allah telah anugerahkan Al-Quran sebagai manual untuk hidup sebagai manusia..kenapa sesetengah antara kita tidak sedar?sehingga furqan dianggap sebagai hiasan rumah?tidak lagi dibuka malah disimpan di tempat tinggi sehingga diselaputi habuk??masya allah...

Aku pun dahulunya tidak sedar betapa sangat sangat penting Al-Quran jika mahu menjadi manusia..Allah tahu apa yang kita tidak tahu..Semuanya dijelaskan dalam Al-Quran..perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...

tidak kah robot-robot sedar semua itu? Mengapa manusia yang membuat sistem sendiri dan mengetepikan sistem Allah sedangkan manusia patut tahu hanya Allah yang tahu diri mereka dan apa kelemahan mereka..manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan merenung apa yang Allah telah ciptakan di langit dan dibumi...tetapi mengapa manusia tidak mahu melihat semua itu?mengapa bila mana Allah mengurniakan Al-Quran, manusia tidak mahu menggunakannya dan memahaminya?

Firman Allah s.w.t:

Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)dan mereka memiliki mata (tetapi)tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi)tidak dipergunakannya untuk mendengarkan(ayat-ayat Allah. Mereka seperti hewan ternak,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.

bersambung.....