sedar tak sebenarnya kita melalui pelbagai emosi setiap hari?
ada masa kita akan berasa gembira..ada masa sedih sangat...ada mase rasa nak marah..dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur dalam masa 24 jam...
kenapa ye???
emosi kadang-kadang boleh berubah mengikut mood sekeliling...bila berurusan dengan jiwa yang beremosi...kadang-kadang emosi itu turut mengjangkiti jiwaku...sangat tak adil...aku yang asalnye merasa tenang dan damai tiba-tiba mesti melalui perasaan ini??
tetapi bila aku mengamati semula...buat apa aku membazirkan tenaga aku menyumbang dan memikirkan jiwa yang beremosi...biarkan saja...betulkah???
Inilah cabaran hidup..kadang hati terpaksa melalui pelbagai rasa supaya aku menjadi manusia..cuma cara dan bagaimana aku mengawal rasa itu dari menguasai diriku...yer..marah sangat memenatkan dan menyesakkan kepalaku...maka berlapang dada dan bersangka baik adalah jalan keluarnya...sedih sangat membebankan dan terasa bagai karam dilautan yang dalam...maka berlapang dada dan bersangka baik adalah jalan keluarnya...
jiwa yang tenang hadir pada hati yang sentiasa basah dengan zikrullah...mengingati dan memahami setiap yang berlaku ujian dan tarbiah allah untuk menguji kecekalan dan ketabahan hati dan jiwa aku dalam mengharungi ranjau kehidupan ini...
yer...jiwa yang tenang adalah jiwa yang dekat dengan penciptanya...dengan kalamnya..
bersambung............
No comments:
Post a Comment